Wednesday, April 14, 2010

Khabar yang aku dengar itu seperti angin yang berlalu. Berita kehilangan seperti tidak boleh dipercayai. Aku bertanya Mak Munah berulang-ulang kali.

Awal bulan tahun lalu, aku membawa isteriku pergi berjumpa doktor kerana dia sering muntah-muntah. Kami suami isteri amat gembira apabila diberitahu bahawa isteriku mengandung dua bulan. Aku akan menjadi seorang ayah. Semasa pulang dari doktor, aku menelefon Mak Munah, makcikku. Kami sumai isteri amat rapat dengannya. Mak Munah menyuruh kami pergi ke rumah ibuku pada hari minggu yang akan datang dan beritahu khabar gembira ini kepada saudara-mara yang akan turut sama berkumpul. Mereka yang dibertitahu tentang khabar ini, ada yang gembira kerana ada yang akan menjadi nenek dan makcik.

Semasa kamu pulang, aku dan isteriku tidak henti berbual tentang bayi dalam kandungan itu. Kami berjanji untuk menjadi ayah dan ibu yang baik terhadap bayi pertama kami.

Beberapa bulan berlalu, kandungan isteriku semakin membesar. Aku dan isteriku akan mendapat anak perempuan. Kami berasa amat ghairah. Kami pun sudah mula membeli barang-barang bayi seperti baju-baju, tempat tidur, kereta sorong dan pelbagai lagi barang yang telah kami beli. Maklumlah, anak pertama. Mak Munah akan dating ke rumah kami setiap minggu untuk membawa isteriku pergi ke klinik semasa aku pergi kerja.

Pada suatu hari, isteriku sedang berbaring di bilik atas, kedengaran ketukan pintu. Dia tahu itu pasti Mak Munah. Apabila dia hendak turun tangga, kakinya terseliuh lalu jatuh tergolek. Darah mengalir lalu isteriku pengsan. Mak Munah terdengar seperti orang terjatuh. Mak Munah pu jenguk di tingkap dan ternampak isteriku terbaring di lantai berlumuran darah. Ketika itu aku berada die pejabat. Aku menerima panggilan daripada Mak Munah mengatakan bahawa isteriku jatuh dan pengsan. Mak Munah cuba membuka pintu tetapi kunci. Mak munah juga menelefon ambulans sementara menunngu aku pulang.

Setibanya aku di rumah, ambulans pun tiba, Dengan tidak membuang masa, paramedic-paramedik itu mengankat isteriku ke tandu. Aku pun ikut dengan menaiki kereta. Mak Munah pun bersamaku. Setibanya di hospital, isteriku dibawa ke ruang I.C.U. Aku tidak masuk dan harus tunggu di luar.

Aku berasa seperti ada benda buruk yang akan terjadi tetapi Mak Munah menenangkan diriku. Aku pun berhenti memikir yang bukan-bukan. Setengah jam berlalu,doctor keluar dari ruang I.C.U. Dengan perlahan-lahan, doctor memberitahu aku bahawa bayi dalam kandungan isteri aku sudah meniggal dunia. Dia juga juga cuba sedaya-uapaya dia untuk menyelamatkan bayi tetapi gagal. Air mataku mula mengalir. Aku dan Mak Munah masuk ke ruang itu, isteriku sedang menangis. Aku pun menelefon ibuku dan mengatakan bahawa bayi dalam kandungan sidah meninggal dunia.

Sudah setahun berlalu, aku dan isteriku masih teringat-ingatkan Arwah bayi kami. Walaupun bayi kami sudah tiada, wajahnya tetap terbayang-bayang di fikiran kami.

No comments:

Post a Comment