Wednesday, April 7, 2010

Karangan

Saya mempunyai ramai kawan baik di sekolah menengah.Salah satunya ialah Syafiqah. Pada pengetahuan saya, dia seorang murid yang baik dan dia juga seorang yang pemalas. Dia selalu tidak membuat kerja sekolah dan selalu dimarahi oleh guru-guru. Banyak kali juga, dia tidak hadir ke sekolah kerana penat dan bangun lewat. Dia selalu sibuk dengan ko-kurikularnya dan pemain bola nasional.

Selepas sekolah, dia akan pergi ke bola kebangsaannya untuk berlatih dan habis lewat malam. Dengan begini, dia tidak dapat membuat kerja sekolahnya kerana kepenatan. Sudah beberapa bulan dan dia masih tidak berubah. Asyik sibuk dengan sukan bola sahaja.

Apabila peperiksaan akhir tahun tiba, kami semua sudah sedia untuk mengambil peperiksaan. Saya masih ingat lagi, Syafiqah menipu semasa peperiksaan Matematik. Dia menulis fomula-fomula di tapak tangannya. Apabila guru sedang mengumpulkan kertas-kertas peperiksaan, guru saya ternampak tapak tangan Syafiqah yang penuh  dengan fomula-fomula. Guru saya menyoalkan Syafiqah. Tetapi Syafiqah tidak menjawab pertanyaannya. Guru saya terus mengambil tindakan dan membawanya ke bilik HOD. Guru-guru yang lain semua datang lalu menyoalnya. Mereka juga periksa tapak tangannya yang lain untuk memastikan Syafiqah tidak menulis apa-apa.

Saya kasihan dengan Syafiqah. Dia kelihatan seperti hendak menangis. Bukan itu sahaja, ibu bapanya dipanggil untuk datang ke sekolah. Dia bernasib baik kerana kertas Matematiknya tidak akan dimarkahi kosong. Ibu bapa Syafiqah amat kecewa akan perbuatannya itu. Dia berasa amat kesal akan perbuatannya itu. Masalah itu, bukan berakhir begitu sahaja. Syafiqah harus pergi kaunseling. Ibu bapanya juga tidak membenarkannya untuk pergi ke ko-kurikularnya, dan juga sukan bola nasionalnya.

Syafiqah harus balik terus selepas sekolah. Jika tidak, ibu bapanya akan menelefon guru. Saya dan kawan-kawan lain menasihati Syafiqah agar merubah sikapnya itu.

Kini, kami semua sudah pun Menengah Dua. Sayah dapati bahawa Syafiqah ini, bukan lagi Syafiqah yang saya kenal dahulu. Dia kini semakin rajin mengulangkaji, dan sebagainya. Untuk peperiksaan awal tahun, Syafiqah kini dapat markah yang bagus bagi kesemua kertas peperiksaannya. Bukan seperti dahulu, dia asyik gagal dalam peperiksaannya. Markah yang dia dapati kini, lebih tinggi daripada markah yang saya dan rakan-rakan saya dapati untuk peperiksaan. Syafiqah kelihatan begitu ghairah. Dia seperti tidak sabar untuk menunjukkan kertas peperiksaannya itu kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibu bapanya amat bangga akan kejayaannya itu.

''Ibu amat bangga dengan kejayaan Fiqah kali ini. Sejak tahun ini, ibu tengok Fiqah sudah mula rajin belar,'' puji ibunya yang amat bangga akan kejayaan anaknya itu.

''Fiqah janji. Fiqah akan terus bekerja kuat untuk mencapai kejayaan tersebut,'' jawab Syafiqah dengan bersungguh-sungguh.

Kami semua hanya tersenyum sahaja.

No comments:

Post a Comment