Setiap hari selepas waktu sekolah berakhir, saya dan rakan-rakan saya akan menuju ke restoran makanan segera, MacDonalds untuk makan tengah hari bersama-sama. Seperti biasa, saya dan rakan-rakan saya akan dudok di tingkat dua kerana ia mempunyai leboh banyak tempat duduk dan lebihn luas daripada tingkat satu. Kami akan selalu duduk di tempat yang berdekatan dengan tangga supaya lebih senang.
Pada suatu hari apabila saya sedangf menjaga beg-beg rakan saya sememtara mereka membeli makanan di tingkat satu, ada seorang pelayan yang sedang mengemop di tangga. Pelayan tersebut terus menyimpan mop itu stor. Datang pula seorang murid lelaki Cina yang sedang berpakaian baju sekolah, menaiki tangga sambil mengangkat dulangnya yang dipenuhi air, kentang goring and burger.
Lelakin itu munkin tidak perasan bahawa lantai tangga itu basah. Dia pun menaiki tangga itu dengan cepat. Alangkah terkejutnya saya apebila lelaki itu menjerit. Dia tergelincir lalu terjatuh. Minumannya, kentang goring dan burger habis tumpah di bajunya dan bertabur. Pelayan yang berada di bilik stor itu dengan segera menjenguk apa yang berlaku. Dia seperti terkejut melihat lelaki itu terduduk di tangga itu. Apabila saya sedang menuju kea rah lelaki itu, pelayan itu juga turut sama. Kami berdua menolong lelaki itu.
Pelayan itu meminta maaf kepada lelaki itu kerana dia tidak meletakkan tanda amaran bahawa lantai itu licin. Lelaki it uterus memekik kepada pelayan itu, menyakan bahawa pelayan itu bodoh atau buta. Lalu menyatakan Bahawa jika dia hendak mop lantai, gunakan tanda tersebut supaya orang lain tahu bahawa lantai itu licin dan mereka akan berhati-hati menaiki atau menuruni tangga. Pelayan itu hanya meminta maaf kerana dia terlupa. Lelaki it uterus memberitahu pelayan itu bahawa lelaki itu hendak pelayan itu menggantikan makan dan minumannya. Tanpa berkata apa-apa, pelayan itu pun memberi lelaki itu wang untuk membelinya lagi.
Saya, yang sudah pulang ke tempat duduk saya berasa simpati terhadap pelayan itu. Rakan-rakan saya pun tiba setelah membeli makan. Mereka menanyakan saya apa yang telah berlaku. Saya pun menceritakan kepada mereka apa yang saya saksikan.
Monday, May 17, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)